Uruskan wasiat, Elakkan waris berkonflik hanya kerana harta
KONFLIK mengendali dan menguruskan harta pusaka dalam keluarga Muslim boleh dielakkan jika mengikut ketetapan dan saranan dalam agama.
Konflik tercetus akibat tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang, termasuk membabitkan kematian sehingga mencetuskan pelbagai permasalahan keluarga.
Malah, perpecahan dan perbalahan berlaku sehingga ada yang membawa kepada perkara buruk. Banyak kes amat menyedihkan berlaku antaranya ibu bapa yang masih hidup, tetapi hilang rumah kerana hak miliknya dipindahkan kepada anak.
Ia dilakukan atas dasar mengasihi anak dan tidak mahu mereka hidup susah, tetapi ada yang mengambil kesempatan terhadap niat baik ibu bapa dan akibat hasutan pihak ketiga.
Ada juga kes isteri dipaksa oleh keluarga mentua keluar dari rumah yang dibeli hasil harta sepencarian selepas suami meninggal. Ini antara senario yang sering terjadi kerana kurang celik pengurusan harta pusaka yang selari dengan anjuran syarak.
Kebanyakan masalah harta pusaka berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan.
Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata. Asas pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12. Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka yang tidak diberikan hak.
Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:
“(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar”
Wasiat juga memberi keadilan dalam pembahagian harta kepada anak-anak yang disembunyikan statusnya kerana perkahwinan kedua atau ketiga yang tidak disenangi keluarga utama.
Wasiat mungkin hebahan terhadap harta si pewasiat yang tidak diketahui oleh ahli waris secara menyeluruh atau secara ditil satu persatu. Pewasiat semasa hidupnya menyembunyikan harta atau kepentingan berkenaan dengan sebab-sebab yang tertentu.
HUKUM BERWASIAT Berdasarkan hadits dari Rasulullah s.a.w., hukumnya sunat;
“Barang siapa yang mati dalam keadaan berwasiat maka dia telah mati di atas jalan Allah dan Sunnah, mati dalam keadaan bertaqwa dan syahid dalam keadaan diampuni dosanya”
Wasiat itu wajib dalam keadaan di mana manusia mempunyai kewajipan syarak yang dikhuatiri akan disia-siakan. Umpamanya hutang kepada Allah dan manusia, misalnya kewajipan zakat atau haji yang belum ditunaikan atau mempunyai amanah yang harus disampaikan atau mempunyai hutang yang tidak diketahui oleh orang lain yang wajib ditunaikan atau mempunyai tanggungjawab atau kontrak yang tidak dipersaksikan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah’ ayat 180:
“Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang diantara kamu kelihatan tanda-tanda hampir mati, jika dia mennggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan saudara maranya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa”
Dalam pembentangan Belanjawan lepas, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan insentif untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 terutamanya dalam aspek kesihatan.
Insentif yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam yang akan bermula pada tahun ini. Skim ini diwujudkan khas untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terutama sekali golongan B40 sentiasa terjaga. Pendaftaran MySalam untuk bukan penerima BSH juga telah di buka.
Dalam Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 akan menerima perlindungan insurans serta takaful secara percuma. Bukan itu sahaja, golongan yang layak akan turut menerima rawatan bagi beberapa jenis penyakit kritikal.
Ingin tahu lebih lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam dan bagaimana untuk mendaftarnya? Dalam artikel ini kami akan kongsikan Cara Mendaftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020 sebagai panduan buat anda.
DANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN UNTUK SKIM MYSALAM
Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan ketika membentangkan insentif tersebut. Peruntukan dana yang banyak untuk Skim MySalam ini diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan.
MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA MELALUI SKIM MYSALAM
Sebenarnya, melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja memperoleh insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.
Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar. Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam.
Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal
Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.
TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40
Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.
Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2020.
SENARAI PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN
Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.
Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis Bakteria
Tumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
Pembedahan Otak
Kanser
Kardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia Kronik
Koma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitis
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-Paru
AIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus Fulminan
Serangan Jantung
Pembedahan Injap Jantung
HIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang Pertuturan
Trauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ Sum
Penyakit Neuron Motor
Sklerosis Berbilang
Distrofi Otot
Kelumpuhan / Paraplegia
Penyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
Strok
Pembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
Pelecuran Tahap Ketiga
Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja terus ke Portal MySalam..
DAN JANGAN LUPA UNTUK SUBSCRIBE PORTAL INI UNTUK MAKLUMAT2 YANG TERKINI…..
Ramai orang cakap kalau MC (Medical Certificate atau Sijil Sakit), boleh claim duit dari PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Biar betul? Tak pernah dengar kan? Tapi tak semestinya hal yang tak pernah kita dengar tu tak wujud.
Untuk pengetahuan, di bawah PERKESO wujudnya Skim Bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Kedua-dua skim ini pasti akan tercatat dalam slip gaji kita jika dilihat secara terperinci. Itu pun kalau kita berumur 60 tahun ke bawah.
Dengan adanya skim tersebut, kita boleh mendapatkan hak atau boleh claim duit dari PERKESO untuk situasi tertentu. Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita membuat tuntutan.
Apakah termasuk juga jika kita MC dan tidak mampu bekerja?
Tuntutan Dari Skim Bencana Pekerjaan
Skim Bencana Pekerjaan membolehkan anda membuat tuntutan bagi situasi berikut: – Diberhentikan Kerja (Atas sebab-sebab yang ditetapkan) – Meninggal Dunia (Waris akan menerima jumlah tuntutan) – Kemalangan Atau MC (Cuti Sakit)
Syarat Untuk Claim Tuntutan Jika MC (Cuti Sakit)
Syukur kerana PERKESO memberikan kita manfaat dan faedah sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan. Namun, harus kita ingat, bukan semua jenis MC atau cuti sakit membolehkan kita membuat tuntutan, hanya yang menepati syarat-syarat ini sahaja.
1. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah. 2. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan untuk urusan kerja seperti berjumpa client, menghantar barang dan sebagainya. 3. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat rehat / lunch break. 4. Mendapatkan rawatan di klinik panel berdaftar atau klinik dan hospital kerajaan.
Faedah Hilang Upaya Sementara Bagi Mereka Yang MC (Cuti Sakit)
Kita juga boleh mendapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara sekiranya MC atau mengambil cuti sakit. Namun, syarat-syaratnya adalah seperti berikut: – Kecederaan tersebut menyebabkan kita tidak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari – Tiada hari yang kita ke pejabat sepanjang tempoh 4 hari tersebut – Penyakit yang berlaku adalah disebabkan kesan pekerjaan kita (Sebagai contoh penyakit asma akibat terdedah dengan bahan kimia).
Faedah Hilang Upaya Sementara ini akan membayar kepada kita kira-kira 80% daripada jumlah gaji harian. Kita akan menerima jumlah bayaran harian bagi tempoh 4 hari kita bercuti. Boleh rujuk dengan lebih lanjut di Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Jangan salah faham, penyakit seperti demam, cirit birit, sakit kepala dan lain-lain lagi yang bukan disebabkan oleh pekerjaan tidak membolehkan kita membuat tuntutan. Hanya penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan sahaja yang dibenarkan untuk kita claim.
Selepas membuat tuntutan MC (cuti sakit), kita juga berhak menyertai Program Return To Work (RTW). Program RTW ditubuhkan oleh PERKESO untuk membantu memulihkan fungsi anggota badan agar kita dapat kembali bekerja semula dengan baik.
Fahami dan pelajar hibah, wasiat, dan faraid untuk memudahkan proses pusaka anda. Di sini salah faham yang sering berlaku di kalangan umat islam di Malaysia
TULIS WASIAT UNTUK AGIH HARTA KEPADA ANAK
Rata rata apabila ditanya kepada ibu bapa sekarang, bagaimana nak agihkan harta kepada anak mereka? Jawapannya yang diberi ialah wasiat. Sebenarnya bukan. Ini salah faham biasa yang ada di masyarakat Melayu, barangkali kerana melihat 3 Abdul berulang kali.
TIADA WASIAT UNTUK WARIS
Ya. Betul apa yang anda baca…Jika anda seorang ibu bapa, ada buat wasiat untuk beri sama rata kepada anak, atau anda tiada anak lelaki. Jadi anda buat wasiat supaya anda dapat bagi sama rata kepada anak, atau beri semua harta kepada anak perempuan anda
“WASIAT ANDA TIDAK SAH MENGIKUT SYARAK”
Dari segi syarak Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris berdasarkan hadis Daripada Abi Umamah (Hadits Riwayat Abu Daud)
“Aku telah mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris”
KEADAAN YANG MENCERITAKAN INFO DIATAS
Abu mempunyai 2 anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. dia ingin mengagihkan sama rata kepada anak lelaki dan anak perempuan.
Oleh itu, Abu pun membuat wasiat dengan syarikat X dan juga peguam X. Abu menulis semua pesanan dalam wasiat itu bagaimana anak anaknya agihkan hartanya supaya adil
Apabila meninggal, anak semua berkumpul untuk bincang agihan harta pusaka.
2 orang anak perempuannya bersetuju ikut wasiat, 2 orang anak lelaki pula tidak bersetuju dengan wasiat dibuat oleh arwah Ayah, sebab dia rasa rugi. Lelaki dapat 2 bahagian, kenapa perlu ikut wasiat untuk agih sama rata.
Akhirnya, pergagihan mengikut faraid kerana ada 2 waris tidak bersetuju. Di sini adik beradik sudah bermasam muka kerana anak perempuan terasa dengan perlakuan anak lelaki yang nampak sangat mengejar harta ayahnya dan tidak dengar pesanan ayahnya.
Kesudahan, adik beradik bergaduh kerana tidak puas hati dek kerana pusaka arwah ayah. Harta pusaka menjadi puaka…….
APA FUNGSI WASIAT SEBENARNYA?
Fungsi wasiat ialah 2
Fungsi pertama, fungsi utama, ialah menamakan WASI (pentadbir harta pusaka) yang akan mendapat kuasa untuk mengagihkan harta pusaka tersebut.
Fungsi kedua ialah menyampaikan hasrat bagaimana dia nak harta pusaka dia tu diagihkan. Sama rata ke, ikut faraid ke, atau macam2 mana sekalipun..
Fungsi pertama lebih penting daripada fungsi kedua, sebab kalau yang pertama ni takda, yang kedua pun tak boleh nak buat… Walaupun hukum faraid itu jelas dalam pembahagian, tapi hukum tu pun takkan berjalan lancar kalau takde WASI… Terpaksa melalui proses yang panjang dan rumit..
Jadi, tak kira muda sihat lagi ka, harta tak banyak lagi ka, anak2 dah besar2 ka.. Kita taktau macamana keadaan kita bila mati nanti..buatlah wasiat siap2, sebelum sampai waktunya kelak, supaya waris2 kita takkan kesusahan dan tak bermasam muka selepas ketiadaan Ibu dan Ba
CARA PERGAGIHAN MELALUI HIBAH
Jika anda jatuh dalam kategori di bawah
Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan) Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja Pasangan yang mempunyai anak angkat Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama golongan yang berpoligami Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah Golongan yang sekian lama membujang Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan Pasangan yang mempunyai anak OKU Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji Ahli perniagaan Anda perlu merancang dari sekarang. Kenapa?
TANYA KAMI BAGAIMANA NAK SELESAIKAN KALAU ANDA DALAM DILEMA DIATAS