Cara Daftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020

Dalam pembentangan Belanjawan lepas, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan insentif untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 terutamanya dalam aspek kesihatan.

Insentif yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam yang akan bermula pada tahun ini. Skim ini diwujudkan khas untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terutama sekali golongan B40 sentiasa terjaga. Pendaftaran MySalam untuk bukan penerima BSH juga telah di buka.

Dalam Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 akan menerima perlindungan insurans serta takaful secara percuma. Bukan itu sahaja, golongan yang layak akan turut menerima rawatan bagi beberapa jenis penyakit kritikal.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam dan bagaimana untuk mendaftarnya? Dalam artikel ini kami akan kongsikan Cara Mendaftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020 sebagai panduan buat anda.

DANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN UNTUK SKIM MYSALAM

Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan ketika membentangkan insentif tersebut. Peruntukan dana yang banyak untuk Skim MySalam ini diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan.

MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA MELALUI SKIM MYSALAM

Sebenarnya, melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja memperoleh insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.

Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar. Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam.

  • Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal
  • Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
  • Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.

TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40

Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.

  • Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
  • Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  • Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
  • Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  • Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  • Klik “Submit” untuk hantar tuntutan

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2020.

SENARAI PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN

Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja terus ke Portal MySalam..

DAN JANGAN LUPA UNTUK SUBSCRIBE PORTAL INI UNTUK MAKLUMAT2 YANG TERKINI…..

Duit MC atau Cuti Sakit Boleh Claim Dari PERKESO. Ini Cara-cara Nak Buat Tuntutan

Ramai orang cakap kalau MC (Medical Certificate atau Sijil Sakit), boleh claim duit dari PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Biar betul? Tak pernah dengar kan? Tapi tak semestinya hal yang tak pernah kita dengar tu tak wujud.

Untuk pengetahuan, di bawah PERKESO wujudnya Skim Bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Kedua-dua skim ini pasti akan tercatat dalam slip gaji kita jika dilihat secara terperinci. Itu pun kalau kita berumur 60 tahun ke bawah.

Dengan adanya skim tersebut, kita boleh mendapatkan hak atau boleh claim duit dari PERKESO untuk situasi tertentu. Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita membuat tuntutan.

Apakah termasuk juga jika kita MC dan tidak mampu bekerja?

Tuntutan Dari Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan membolehkan anda membuat tuntutan bagi situasi berikut:
– Diberhentikan Kerja (Atas sebab-sebab yang ditetapkan)
– Meninggal Dunia (Waris akan menerima jumlah tuntutan)
– Kemalangan Atau MC (Cuti Sakit)

Syarat Untuk Claim Tuntutan Jika MC (Cuti Sakit)

Syukur kerana PERKESO memberikan kita manfaat dan faedah sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan. Namun, harus kita ingat, bukan semua jenis MC atau cuti sakit membolehkan kita membuat tuntutan, hanya yang menepati syarat-syarat ini sahaja.

1. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah.
2. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan untuk urusan kerja seperti berjumpa client, menghantar barang dan sebagainya.
3. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat rehat / lunch break.
4. Mendapatkan rawatan di klinik panel berdaftar atau klinik dan hospital kerajaan.

Faedah Hilang Upaya Sementara Bagi Mereka Yang MC (Cuti Sakit)

Kita juga boleh mendapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara sekiranya MC atau mengambil cuti sakit. Namun, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
– Kecederaan tersebut menyebabkan kita tidak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari
– Tiada hari yang kita ke pejabat sepanjang tempoh 4 hari tersebut
– Penyakit yang berlaku adalah disebabkan kesan pekerjaan kita (Sebagai contoh penyakit asma akibat terdedah dengan bahan kimia).

Faedah Hilang Upaya Sementara ini akan membayar kepada kita kira-kira 80% daripada jumlah gaji harian. Kita akan menerima jumlah bayaran harian bagi tempoh 4 hari kita bercuti. Boleh rujuk dengan lebih lanjut di Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Jangan salah faham, penyakit seperti demam, cirit birit, sakit kepala dan lain-lain lagi yang bukan disebabkan oleh pekerjaan tidak membolehkan kita membuat tuntutan. Hanya penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan sahaja yang dibenarkan untuk kita claim.

Selepas membuat tuntutan MC (cuti sakit), kita juga berhak menyertai Program Return To Work (RTW). Program RTW ditubuhkan oleh PERKESO untuk membantu memulihkan fungsi anggota badan agar kita dapat kembali bekerja semula dengan baik.

Salah Faham mengenai Pusaka

Fahami dan pelajar hibah, wasiat, dan faraid untuk memudahkan proses pusaka anda. Di sini salah faham yang sering berlaku di kalangan umat islam di Malaysia

TULIS WASIAT UNTUK AGIH HARTA KEPADA ANAK

Rata rata apabila ditanya kepada ibu bapa sekarang, bagaimana nak agihkan harta kepada anak mereka?
Jawapannya yang diberi ialah wasiat. Sebenarnya bukan. Ini salah faham biasa yang ada di masyarakat Melayu, barangkali kerana melihat 3 Abdul berulang kali.

TIADA WASIAT UNTUK WARIS

Ya. Betul apa yang anda baca…Jika anda seorang ibu bapa, ada buat wasiat untuk beri sama rata kepada anak, atau anda tiada anak lelaki. Jadi anda buat wasiat supaya anda dapat bagi sama rata kepada anak, atau beri semua harta kepada anak perempuan anda

“WASIAT ANDA TIDAK SAH MENGIKUT SYARAK”

Dari segi syarak
Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris berdasarkan hadis Daripada Abi Umamah (Hadits Riwayat Abu Daud)

“Aku telah mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris”

KEADAAN YANG MENCERITAKAN INFO DIATAS

Abu mempunyai 2 anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. dia ingin mengagihkan sama rata kepada anak lelaki dan anak perempuan.

Oleh itu, Abu pun membuat wasiat dengan syarikat X dan juga peguam X. Abu menulis semua pesanan dalam wasiat itu bagaimana anak anaknya agihkan hartanya supaya adil

Apabila meninggal, anak semua berkumpul untuk bincang agihan harta pusaka.

2 orang anak perempuannya bersetuju ikut wasiat, 2 orang anak lelaki pula tidak bersetuju dengan wasiat dibuat oleh arwah Ayah, sebab dia rasa rugi. Lelaki dapat 2 bahagian, kenapa perlu ikut wasiat untuk agih sama rata.

Akhirnya, pergagihan mengikut faraid kerana ada 2 waris tidak bersetuju. Di sini adik beradik sudah bermasam muka kerana anak perempuan terasa dengan perlakuan anak lelaki yang nampak sangat mengejar harta ayahnya dan tidak dengar pesanan ayahnya.

Kesudahan, adik beradik bergaduh kerana tidak puas hati dek kerana pusaka arwah ayah. Harta pusaka menjadi puaka…….

APA FUNGSI WASIAT SEBENARNYA?

Fungsi wasiat ialah 2

Fungsi pertama, fungsi utama, ialah menamakan WASI (pentadbir harta pusaka) yang akan mendapat kuasa untuk mengagihkan harta pusaka tersebut.

Fungsi kedua ialah menyampaikan hasrat bagaimana dia nak harta pusaka dia tu diagihkan. Sama rata ke, ikut faraid ke, atau macam2 mana sekalipun..

Fungsi pertama lebih penting daripada fungsi kedua, sebab kalau yang pertama ni takda, yang kedua pun tak boleh nak buat…
Walaupun hukum faraid itu jelas dalam pembahagian, tapi hukum tu pun takkan berjalan lancar kalau takde WASI… Terpaksa melalui proses yang panjang dan rumit..

Jadi, tak kira muda sihat lagi ka, harta tak banyak lagi ka, anak2 dah besar2 ka.. Kita taktau macamana keadaan kita bila mati nanti..buatlah wasiat siap2, sebelum sampai waktunya kelak, supaya waris2 kita takkan kesusahan dan tak bermasam muka selepas ketiadaan Ibu dan Ba

CARA PERGAGIHAN MELALUI HIBAH

Jika anda jatuh dalam kategori di bawah

Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan)
Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
Pasangan yang mempunyai anak angkat
Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama
golongan yang berpoligami
Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah
Golongan yang sekian lama membujang
Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan
Pasangan yang mempunyai anak OKU
Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji
Ahli perniagaan
Anda perlu merancang dari sekarang.
Kenapa?

TANYA KAMI BAGAIMANA NAK SELESAIKAN KALAU ANDA DALAM DILEMA DIATAS

Klik Untuk Whatsapp pakar kami

Taklimat Perancangan Harta Pusaka Islam

2020-02-15T09:00:00

  days

  hours  minutes  seconds

until

Taklimat Perancangan Harta Pusaka Islam

Program Taklimat Perancangan Harta Pusaka Islam dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang. Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Februari 2020 | Sabtu
Masa: 9:00 Pagi – 1:00 Petang
Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang
Fee Pendaftaran: RM10/pax

Topik-topik yang akan disentuh adalah:
 AMANAH
 WASIAT
 PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
 PERJANJIAN ASET PEROLEHAN BERSAMA
 ZAKAT
 HIBAH

Klik link untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Klik Untuk Pendaftaran

Terima kasih.

My First Blog Post

Uruskan wasiat, Elakkan waris berkonflik hanya kerana harta

KONFLIK mengendali dan menguruskan harta pusaka dalam keluarga Muslim boleh dielakkan jika mengikut ketetapan dan saranan dalam agama.

Konflik tercetus akibat tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang, termasuk membabitkan kematian sehingga mencetuskan pelbagai permasalahan keluarga.

Malah, perpecahan dan perbalahan berlaku sehingga ada yang membawa kepada perkara buruk. Banyak kes amat menyedihkan berlaku antaranya ibu bapa yang masih hidup, tetapi hilang rumah kerana hak miliknya dipindahkan kepada anak.

Ia dilakukan atas dasar mengasihi anak dan tidak mahu mereka hidup susah, tetapi ada yang mengambil kesempatan terhadap niat baik ibu bapa dan akibat hasutan pihak ketiga.

Ada juga kes isteri dipaksa oleh keluarga mentua keluar dari rumah yang dibeli hasil harta sepencarian selepas suami meninggal. Ini antara senario yang sering terjadi kerana kurang celik pengurusan harta pusaka yang selari dengan anjuran syarak.

Kebanyakan masalah harta pusaka berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan.

Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata. Asas pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12.‎ Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka ‎yang tidak diberikan hak.‎ 


Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan mentadbir ‎harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu ‎peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak.‎ 

Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:‎ 

“(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. ‎Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke dalam ‎syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan ‎itulah kemenangan yang besar”

Wasiat juga memberi keadilan dalam pembahagian harta kepada anak-anak yang ‎disembunyikan statusnya kerana perkahwinan kedua atau ketiga yang tidak disenangi ‎keluarga utama.‎ 


Wasiat mungkin hebahan terhadap harta si pewasiat yang tidak diketahui oleh ahli waris secara menyeluruh atau secara ditil satu persatu. Pewasiat semasa hidupnya menyembunyikan harta atau kepentingan berkenaan dengan sebab-sebab yang tertentu. 

HUKUM BERWASIAT 
Berdasarkan hadits dari Rasulullah s.a.w., hukumnya sunat;


‎‎“Barang siapa yang mati dalam keadaan berwasiat maka dia telah mati di atas jalan Allah ‎dan Sunnah, mati dalam keadaan bertaqwa dan syahid dalam keadaan ‎diampuni dosanya”

Wasiat itu wajib dalam keadaan di mana manusia mempunyai ‎kewajipan syarak yang dikhuatiri akan disia-siakan. Umpamanya hutang kepada Allah dan ‎manusia, misalnya kewajipan zakat atau haji yang belum ditunaikan atau ‎mempunyai amanah yang harus disampaikan atau mempunyai hutang yang tidak ‎diketahui oleh orang lain yang wajib ditunaikan atau mempunyai tanggungjawab atau kontrak yang tidak ‎dipersaksikan.‎ 

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah’ ayat 180:‎ 

“Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang diantara kamu kelihatan tanda-‎tanda hampir mati, jika dia mennggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan ‎saudara maranya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang ‎bertaqwa”

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started