
Apabila tiba hujung bulan ramai antara individu sering mengalami masalah untuk mengurus pendapatan secara bijak. Ini kerana, ada yang sering kali terlebih belanja hingga duit yang sepatutnya dikeluarkan untuk membayar komitmen bulanan turut digunakan. Hal ini, pasti sering kali berlaku kepada ramai individu di luar sana.
Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan secara berhemah. Namun, melalui pengurusan kewangan yang bijak pasti membantu anda merancang pendapatan dengan baik.
Pengurusan Tunai/Cash Management
Merupakan asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan.Pengurusan ini adalah asas untuk kewangan hidup anda. Runtuhlah struktur kewangan anda sekiranya gagal menguruskan Tunai anda
Simpanan/Saving
Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk anda belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu disiplin bukan sahaja untuk diri sendiri, galakkan juga anak-anak menyimpan wang saku lebihan yang anda beri. Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan Simpanannya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. Simpanan menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
Perlindungan Takaful/Protection
Dalam kita bekerja untuk memperoleh Pendapatan, dan membuat Simpanan, kita perlu memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi Perlindungan, untuk memberi perlindungan kepada Pendapatan dan Simpanan. Dengan adanya Perlindungan, kita dapat mengekalkan kedua-dua Pendapatan dan Simpanan.
Pelaburan/Investment
Disebabkan inflasi, nilai duit yang kita pegang akan semakin mengecil. Pelaburan adalah perlu untuk kita sekurang-kurangnya melawan inflasi. Nilai wang Rm50 sekarang dengan 20 tahun yang lepas amat berbeza. dengan melabur kita dapat tingkatkan nilai pendapatan dan simpanan kita.
Hibah/Grant
Hibah ialah bahasa mudahnya ialah pemberian,yang dibuat semasa hidup, diberikan sebagai tanda kasih sayang. Aplikasi hibah terhadap manfaat takaful adalah bagi memastikan bahawa bayaran atau wang manfaat tersebut dapat diserah hakkan kepada keluarga terdekat pencarum tanpa perlu terikat kepada peraturan pusaka.
Wasiat/Wills
Wasiat bukan hanya semata-mata untuk pembahagian harta, ia juga untuk penyelesaian hutang si mati dengan meninggalkan pesanan kepada waris. Pengurusan harta pusaka perlu dibuat dengan berhemah, bagi mengelakkan sebarang pergeseran di kalangan ahli keluarga yang seterusnya dapat memutuskan hubungan silaturrahim.
Infaq
Infaq berarti mengeluarkan sebagian dari harta atau pendapatan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan dalam Islam. Infaq dengan ikhlas kerana Allah Taala adalah pelaburan untuk akhirat. Ini adalah satu-satunya pelaburan yang dapat memberikan kita faedah yang berterusan selepas kita meninggal dunia.